IMUNITI PEGAWAI TINGGI KERAJAAN AKAN MEMBINASAKAN NEGARA

pict0012

Manikavasagam menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM menjelaskan penglibatan beliau dalam pemberikan kontrak Pakaian seragam serta peralatan berkaitan kepada sebuah syarikat pembuat kraft Logam secara” Head to Toe”.

Beliau mengulas sedemikian dalam suatu sidang media dilobi Parlimen  semalam mengenai laporan akhbar The Star yang melaporkan Ahmad Said Hamdan mengakui merekomen syarikat pembuat “Uniform” sensitif.

harassed-by-the-oppositionallegations-continue-against-macc-head

Kalau SPRM sendiri terlibat dalam aktiviti bersikap negatif , bagaimana pula kita dapat  membersihkan negara daripada korupsi ?  Kenapa , Kementerian Kewangan yang membuat keputusan  untuk memberi kontrak UNIFORM SENSITIF kepada sebuah syarikat pembuat kraft logam ,tanpa tender terbuka tetapi sebaliknya  melalui rundingan terus.

Walaupun polis telah merekodkan kenyataan  berkenaan Laporan saya terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM , tetapi mereka dikatakan akan menyerahkan fail tersebut kembali kepada SPRM . Sanggupkah pegawai rendah menyiasat “BOSS” sendiri , jika ada pun siapa yang akan ambil tindakan.  Kalau apa yang disyorkan oleh Suruhanjaya Penyiasatan diRaja tidak dilaksanakan bolehkan Keadilan ditegakkan oleh Pegawai Rendah SPRM.

Polis tidak ada kuasa untuk menyiasat SPRM tetapi boleh siasat terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang dikeluarkan dalam Dewan Rakyat. Nampaknya. pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan mempunyai imuniti berleluasa daripada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat. Adakah ini bermaksud setiap kesalahan atau kepincangan mereka harus kita tutup satu mata.  Imuniti sebegini akan membinasakan Negara .

Sebelum itu Manikavsagam turut bersama YB Lim Kit Siang dan YB Mahfuz Omar menerima Memorandum daripada Persatuan Pegawai-Pegawi Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) mewakili  Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

pict0002

Beliau menyokong penuh pekeliling Menteri Besar Selangor yang melarang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor memberi kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat. Memandangkan saya sendiri pernah melalui proses penyiasatan mereka sehingga awal pagi itu pun selepas menjadi Ahli Parlimen, maka saya percaya risikonya adalah amat tinggi kepada sesiapa sahaja.

Kita tidak dapat mempercayai SPRM lagi kerana mereka hanya siasat pembuat laporan bukannya yang disyaki. Sehingga kini tidak apa-apa perkembangan tentang laporan saya berkaitan Kampung Perepat, Kapar kerana ianya melibatkan pemimpin Barisan Nasional.

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Print
  • Technorati
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , ,

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.