ISU KEPALA BABI DI PETALING JAYA

ISU KEPALA  BABI  DI MASJID JUMHURIYAH , TAMAN DATO’ HARUN DAN DI MASJID  AT-TARMIZI TAMAN SRI SENTOSA, PETALING JAYA, SELANGOR.

Saya dengan ini melahirkan perasaan sangat  sangat kecewa, kesal , sedih dan terkejut  atas kejadian ini kerana  masjid  sebagai rumah ibadat  suci bagi orang-orang Islam  dilibatkan oleh pihak  tidak bertanggungjawab demi  menjalankan agenda tertentu. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan tidak bertamaddun ini kerana ia adalah  perbuatan sangat biadap dan  menghina  umat Islam.

Saya dengan luhur hati menyeru semua orang  Islam dapat bertenang dan bersabar serta berharap ia tiada kaitan dengan isu kalimah Allah yang diperdebatkan sekarang , biarlah pihak polis menjalankan siasatan terperinci. Diharap juga pihak polis menambahkan anggota untuk rondaan , kawalan masjid dan langkah  tambahan yang perlu  agar perkara yang sama tidak berulang di mana-mana jua pun.

Saya merasakan pihak  yang melakukan perkara ini  memang  mempunyai  agenda  khas  yang tidak baik kerana telah merancang dengan teliti perbuatan  terkutuk ini ; di mana modus operandi   yang SAMA   melibatkan  dua kepala babi(babi hutan) di setiap masjid tersebut , beserta sejumlah  wang  dimasukkan(wang satu ringgit ditaburkan) bersama ke dalam beg  plastik dan  seterusnya diletakkan dalam buah masjid  besar tersebut  di penempatan padat penduduk orang-orang Islam. Maka jelaslah perbuatan ini seolah-olah  dengan sengaja ingin mewujudkan sentimen  keterlaluan, perbalahan agama dan salah faham antara kaum, atau mungkin juga  bertujuan mengalih perhatian umum daripada isu-isu semasa yang berkaitan permasalahan rakyat umum sekarang .

Justeru  itu,  saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini yang dipilih oleh  semua rakyat pelbagai bangsa, oleh penganut berbagai agama, kaum dan keturunan ;  berharap semua pihak  dan rakyat   keseluruhannya  supaya tidak terpedaya, tidak terpengaruh  dan tidak mengambil  tindakan sendiri atau apa-apa  jua perlakuan  drastik dengan  kejadian ini .

Semoga kita semua yang telah lama hidup bersama dalam negara Malaysia yang kita cintai ini dengan penuh harmoni  , dapat memahami  keadaan ini dan sama-sama bersatu  menentang musuh yang ingin merobek perpaduan antara kita.

Sekian, terima kasih.

YB HEE  LOY  SIAN

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan

Merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Print
  • Technorati
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , ,

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.