Tuan Manikavasagam a/l Sundaram (Kapar) minta Menteri Kewangan menyatakan :-
a) Apakah Kerajaan akan bercadang untuk mengurangkan kadar faedah kad kredit daripada 18% kepada 10% dan menghapuskan caj lambat bayar sebanyak 1% yang di kenakan oleh bank; dan
b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk melindungi pengguna kad kredit daripada ditindas oleh bank dengan pelbagai caj-caj tambahan.
Jawapan
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, kadar faedah kad kredit di Malaysia merupakan antara kadar faedah yang terendah di Asia, di mana kadar yang dikenakan oleh pengeluar kad kredit di negara lain adalah antara 18% hingga 42% setahun.
Kos perniagaan kad kredit adalah tinggi kerana ia melibatkan penggunaan infrastruktur dan rangkaian sistem antrabangsa serta melibatkan pemberian kredit kepada pengguna tanpa memerlukan jaminan atau cagaran. Oleh itu, bagi membolehkan pengguna kad menikmati kemudahan kredit secara mudah pada bila-bila masa sama ada di dalam atau luar negara , pengeluar kad kredit perlu menanggung kos berkaitan risiko kredit dan penipuan, kos pentadbiran infrastruktur serta kos pentadbiran. Bagi kos penanggungan risiko kredit, ia termasuk bayaran kredit biro, kos kutipan pembayaran balik pinjaman serta yuran dan perbelanjaan berkaitan kutipan hutang lapuk kad kredit. Di samping itu, pengeluar kad kredit mengenakan caj lewat bayar sebagai langkah bagi mengelakkan kelewatan pembayaran balik peinjaman dan sekali gus memupuk displin kewangan di kalangan pengguna.
2. Bagi menggalakan pengurusan kewangan berhemat di kalangan pengguna kad kredit di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan yang menghendaki pengeluar kad kredit mengamalkan struktur kadar faedah bertingkat tiered pricing bagi kad kredit. Di bawah struktur ini, pengguna kad kredit akan dikenakan caj kewangan mengikut peringkat (tier) yang telah ditetapkan berdasarkan tabiat pembayaran balik pinjaman kad kredit pada setiap bulan.
3. Berikutan pengumuman oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, berkuat kuasa 31 Mac 2009, kadar faedah atau caj kewangan maksimum yang boleh dikenakan oleh institusi pengeluar kad kredit adalah 17.5% setahun atau 1.45% sebulan . Pemegang kad yang menyelesaikan sekurang-kurang jumlah minimum yang perlu dibayar setiap bulan tepat pada waktunya untuk 12 bulan berturut-turut, caj kewangan akan dikurangkan kepada tidak lebih daripada 13.5% setahun. Pemegang kad yang menyelesaikan jumlah minimum yang perlu dibayar sekurang-kurangnya 10 bulan daripada kitaran 12 bulan, caj kewangan akan dikurangkan kepada tidak lebih daripada 16% setahun. Selain daripada itu, kadar maksimum caj lewat bayar iaitu 1% dikenakan ke atas jumlah hutang tertunggak , tertakluk kepada bayaran minimum RM 10 atau maksimum sebanyak RM100, yang mana lebih tinggi, telah dikurangkan kepada minmimum RM5 dan maksimum sebanyak RM 75.
4. Di samping itu, sesetengah pengeluar kad kredit di Malaysia menawarkan kadar faedah 9% kepada pemegang kad peringkat pertama (Tier 1) mereka. Oleh itu, para pengguna mempunyai pilihan untuk memilih kad kdredit daripada pengeluar yang menawarkan kadar faedah atau pakej yang lebih rendah dan menarik.
5. Caj- caj lain yang dikenakan oleh institusi pengeluar kad kredit seperti yuran penyertaan, yuran tahunan dan yuran pendahuluan tunai bergantung kepada institusi-institusi pengeluar kad kredit berdasarkan strategi perniagaan masing-masing. Walau bagaimanapun, institusi pengeluar kad kredit perlu berpandukan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Imposition of Fees and Charges on Banking Products and Services apabila mengenakan caj-caj tersebut
G.I. Joe: The Rise of Cobra film
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .




You must be logged in to post a comment.