Jul 09
4
Jawapan Parlimen : Jumlah Minima Bankrap
Soalan : Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajan bercadang untuk meningkatkan jumlah minimum muflis (bankrap) daripada 30 ribu kepada 50 ribu
. Jika ya bila, dan jika tidak kenapa?
Jawapan : YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang Di Pertua,
Werewolf in a Women’s Prison Pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan jumlah minima
kebankrapan daripada Rm30,000 kepada RM 50,000. Ini disebabkan jumlah minima tersebut masih lagi sesuai pada masa ini terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang. Penetapan jumlah minima ini juga tidak menjejaskan kepentingan kedua-dua pihak iaitu si pemberi hutang dan peminjam di mana kepentingan mereka masih lagi dapat diimbangkan (balanced) iaitu jumlah tersebut tidak akan menafikan hak orang atau badan yang mengeluarkan pinjaman untuk menuntut hutangnya, dan juga tidak terlalu rendah untuk seseorang itu dengan mudah boleh dibankrapkan.
Pendekatan secara seimbang ini dapat memberi maanfaat bukan sahaja kepada kedua-dua pihak berkenaan tetapi juga kepada masyarakat amnya.
Sekian. Terima kasih
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)

















