banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Jul
2nd

Jawapan Parlimen: Pencemaran Udara Aman Perdana

Author: Office of Mp Kapar | Files under Parliament

Geronimo trailer

Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [Kapar] meminta Menteri Sumber Alsi dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang tealh diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kesihatan penduduk sekitar tidak terjejas akibat pencemaran udara oleh industri-industri sekitar kawasan Perusahaan Sungai Puluh, Kapar serta Stesen Jana Elektrik juga di Kapar, Selangor

Dr. Strangelove or: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb

Tuan Yang DiPertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memastikan bahawa pihak industrt yang beroperasi di sekitar kawasan Perusahaan sungai Puluh, Kapar dan Stesen Janaelektrik, Kapar mematuhi standard pelepasan yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Pihak JAS memang menyedari masalah aduan pencemaran udara yang dihadapi oleh penduduk kawasan perumahan Taman Aman Perdana, Kapar yang berpunca daripada operasi kilang-kilang di kawasan Perusahaan Sungai Puluh, Kapar. Kelulusan untuk menempatkan kawasan perumahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2002 manakala kilang-kilang tersebut wujud sejak tahun 1988 lagi. Sehubungan dengan itu, lokasi penempatan kawasan perumahan dan industri yang tidak bersesuaian yang telah menimbulkan masalah pencemaran udara bagi penduduk di kawasan tersebut telahpun dipanjangkan oleh pihak JAS kepada pihak Kerajaan negeri Selangor untuk diambil tindakan selanjutnya.

Berhubung dengan stesen Janaelektrik di kawasan tersebut , stesen ini dilengkapi dengan alat kawalan pencemaran udara electric precipitator bagi memastikan pelepasan dari cerobong mematuhi standard yang di tetapkan. Pihak stesen Janaelektrik juga turut telah memasang continous emission monitoring system bagi mengukur parameter pelepasan daripada cerobong pada setiap masa. Berdasarkan semakan oleh JAS Selangor, pihak stesen Janaelektrik mematuhi standard pelepasan yang di tetapkan.

I Heart Huckabees divx

Sekian, Terima kasih

The Long Good Friday on dvd

Related posts

You must be logged in to post a comment.