Ahli Parlimen Kapar, YB S. Manikavasagam membuat lawatan susulan (kali kedua) ke Pulau Ketam untuk meninjau masalah bekalan air yang dihadapi sejak berminggu lepas.
Beliau amat menyesali tindakan pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang enggan bekerjasama dengan pejabatnya. Walaupun kami telah memaklumkan lawatan ini ke Pejabat SYABAS Daerah Klang dan memohon maklumat sehari sebelum tetapi tiada seorang pun pegawai bertanggungjawab berada disini ataupun memaklumkan saya perkembangan terkini.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
KECEWA AKAN KELEKAAN SYABAS MENGATASI GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH DI PULAU KETAM
Masalah Gangguan Bekalan Air Bersih di Pulau Ketam masih telah berlanjutan hampir tiga minggu tanpa sebarang tindakan yang menyakinkan.
Saya amat kecewa akan tindakan sambil lewa oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). SYABAS juga tidak menghiraukan permintaan pejabat saya untuk mengetahui status masalah ini serta perkembangan terkini.
Penduduk di Pulau Ketam semakin hari semakin tertekan akibat kesengsaraan yang semakin berlanjutan.
SYABAS seharusnya bertindak segera mengatasi Kebocoran paip di dasar laut kerana ianya bukan kali pertama. SYABAS mempunyai pengalaman yang serupa pada tahun 2006. Maka, saya amat harian akan kelekaan mereka yang seolah-olah mengecilkan sumbangan penduduk Pulau Ketam.
Saya berharap SYABAS akan memulihkan bekalan air sepenuhnya sekurang-kurangnya pada Selesa depan sebagaimana dilaungkan oleh Ketua Pegawai Ekeskutifnya.
Saya juga sangat berharap pihak SYABAS akan memaklumkan perkembangan terkini kepada akan sebarang masalah yang melibatkan kawasan Parlimen Kapar di masa akan datang.
YB Manikavasagam Sundaram
Ahli Parlimen Kapar
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .







You must be logged in to post a comment.