Kenyataan Akhbar : Serahkan Pengurusan PKFZ kepada Selangor

30hb Mei 2009

pkfaz

KENYATAAN AKHBAR YB S MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG SKANDAL ZON PERDAGANGAN BEBAS PELABUHAN KLANG

HADIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Laporan Audit Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) jelas menggambarkan suatu penipuan Komersial yang telah dirancang dengan rapi oleh kuncu-kuncu Barisan Nasional.

Bermula dari pengambil alihan tanah sehingga penerbitan Bond Berbillion ringgit dengan surat Sokongan Kementerian Pengangkutan tanpa restu rasmi Kementerian Kewangan serta penarikan diri oleh rakan strategik Jebel Ali Free Zone International dapat kita bayangan bertapa rapi mereka yang terlibat merancang untuk menghadiahkan rakyat Malaysia hutang hampir RM 12 billion atau lebih kurang RM 1,200 kepada setiap pembayar cukai.

Suatu perkara yang tidak jelas di sini ialah bagaimana tanah itu menjadi milik Koperasi Pembangunan Pulau Lumut. Bila mereka memilikinya, dan berapakah jumlah mereka bayar kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya berharap Pejabat Tanah yang berkaitan dapat menjelaskan perkara ini secepat mungkin.

Enemy Mine release

pkfz_fiasco

LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA.

Saya menyeru Ahli-Ahli Politik yang di sebut nama dalam laporan Audit itu meletakan jawatan selaku Wakil Rakyat/Ahli Parlimen dengan serta merta agar nama baik pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat daripada parti –parti mereka terjaga.

Mereka seharusnya memikul tanggungjawab bahawa kerugian berbillion ringgit ini adalah disebabkan kerakusan mereka mengaut keuntungan sendiri lebih daripada kepentingan Rakyat serta kemakmuran Negara antara sebab utama projek ini menemui kemusnahan.

Kepantasan dan Kepintaran yang ditunjukkan SuruhanJaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam menyiasat kes-kes berhubung ahli politik Pakatan Rakyat akan teruji dalam kes penyelewengan ini. Menerusi kes ini Rakyat Malaysia boleh menimbang sejauh mana badan ini benar-benar bebas serta professional dalam menyiasat pemimpin daripada parti yang memerintah.

Maxed Out: Hard Times, Easy Credit and the Era of Predatory Lenders

picture2

Divorce, Le move

SERAHKAN PENGURUSAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

Dante’s Peak on dvd

Memandangkan Lembaga Pelabuhan Kelang gagal menguruskan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) saya mencadangkan agar Lembaga dikecualikan daripada menyelia serta mengurusnya dengan serta merta tetapi masih bertanggungjawab terhadap kerugian serta komitmen lepas.

Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor mengambil alih pengurusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang . Memandangkan ianya turut melibatkan pengaliran masuk pelaburan luar negara ke Negeri Selangor.

Sekian.

YB S Manikavasagam

Ahli Parlimen Kapar

klik untuk muat turun Kenyataan ini dalam bentuk pdf.

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Print
  • Technorati
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , , ,

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.