Oct 09
30
Kenyataan Media : 1Malaysia Meragut 3 Nyawa
KENYATAAN MEDIA OLEH YB S MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR BERHUBUNG TRADEGI KEM 1MALAYSIA DIKAMPAR ,PERAK.
Saya mengucapkan Takziah kepada keluarga mendiang adik N. Dina Deve , V. Divyashree dan M. Devatharshini yang kehilangan anak –anak tersayang mereka akibat keghairahan SatuMalaysia.
Kesesuaian untuk menganjurkan kem-kem sebegini rupa dalam masa musim peperiksaan menjadi tanda tanya. Apakah motif sebenarnya disebaliknya yang mendesak Kementerian Pelajaran menganjur kem bertemakan “SatuMalaysia” padahal semua aktiviti ko-kurikulum sekolah pun telah berakhir.
Sikap Pemimpin persekutuaan yang suka menolak-dalil sesuatu isu jelas membayangkan bertapa lemahnya perancangan pihak penganjur sehingga memilih tapak kem berhampiran Sungai dengan arus yang deras serta bergesa-gesa untuk membina jambatan. Sebegini juga akibatnya kepada Rakyat Malaysia dalam mereka mentadbir ekonomi Negara dengan pemimpin yang sanggup belanja berjuta-juta membetulkan imej semata-mata untuk terus menerajui tampok pimpinan dengan mengorbankan kebajikan rakyat jelata.
Penolakan Usul Tergempar membincangkan Tradegi tersebut serta kesuaian meneruskan program SatuMalaysia ditolak dalam Kamar oleh Speaker Dewan Rakyat membuktikan keperihatian rakyat Negara Malaysia tidak penting terutamanya yang keturunan “India” berbanding rakyat Negara asing.
Walaupun, bersyukur tradegi ini tidak meragut lebih nyama daripada hampir 300 murid menyertai program tersebut, saya berwangsaka kenapa hanya pelajar dari SRJKT dikatakan menyeberangi jejantas pada masa kejadian. Saya berharap tidak ada udang disebalik batu.
Semoga Tuhan yang Maha Berkuasa merahmati Roh mereka yang berkorban.
Sekian, terima kasih
YB S Manikavasagam
Ahli Parlimen Malaysia, Kapar
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)


















