banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Sep
29th

KENYATAAN MEDIA OLEH Y.B. S. MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR

Author: admin | Files under Malaysia, Office of Mpkapar, Parliament

29hb September 2008

* *

*KENYATAAN MEDIA OLEH Y.B. S. MANIKAVASAGAM, AHLI PARLIMEN KAPAR *

*BERHUBUNG  ISU **PEROBOHAN KUIL SRI MAHA KALLIAMAN, AMPANG***

* *

Mp Kapar at Site

Mp Kapar at Site

Merujuk kepada Isu Perobohan Kuil Sri Maha Kalliaman, Ampang saya merasa amat kecewa akan terjadinya perkara sebegini dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan. Ini menunjukkan kepincangan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang memerlukan tindakan segera.
Sehubungan dengan itu saya mengesa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menubuhkan suatu Jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian ini serta mengambil tindakan keras keatas mereka yang bertanggungjawab atas keingkaran mematuhi arahan Kerajaan Negeri.

Selain dari itu Saya juga difahamkan bahawa MPAJ telah mengeluarkan notis baru untuk merobohkan kuil-kuil di Ampang yang mana pihak Kerajaan Negeri membatalkannya dengan segera.

Saya akan melepaskan Jawatan Sebagai *Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Parti Keadilan Rakyat *sekiranya tiada sebarang tindakan keras diambil ke atas pegawai-pegawai MPAJ yang dilatih oleh Kerajaan Barisan Nasional serta tidak professional dalam melakukan tugasan mereka.

Walaubagaimanapun,saya akan terus bersama Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta Ahli Parlimen .

Saya juga sedia memainkan peranan penting sekiranya pimpinan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Kerajaan Negeri Selangor  merasai mereka dibebani kerja pentadbiran yang membedung daripada memenuhi hasrat rakyat.Kami telah menyarankan perkara-perkara diatas kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor  semasa perbincangan yang diadakan pada pagi ini. Beliau berjanji tindakan wajar akan diambil selepas YAB Dato Menteri Besar meneliti laporan dari MPAJ.

Ingin dimaklumkan bahawa lima orang pemimpin Hindraf di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam mempertahankan hak kebebasan agama. Tetapi tiada seorang pun pemimpin MIC samada daripada cawangan , bahagian,  pusat pernah atau sanggup melepaskan jawatan mereka sehingga kini. dalam mempertahankan hak kebebasan agama. Mereka cuba mempolitikkan isu Kuil Sri Maha Kaliaman, Ampang padahal Dato Seri S. Samy Velu , President MIC serta Dato’ M Saravanan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan gagal menghalang DBKL dari merobohkan Kuil  Sri Muneswarar Hindu Sentul baru-baru ini.

Community Service Centre
Member of Parliament Kapar, Malaysia
Blog: www.mpkapar.com
email: mpkapar@gmail.com

Related posts

2 responses. Wanna say something?

  1. Office of Mp Kapar
    Oct 11, 2008 at 10:55:18
    #1

    Untuk penjelasan lebih ,sila baca :
    Perobohan Kuil di Ampang Tampak Seperti Provokasi UMNO
    di http://www.arkib.com.my/Politics/perobohan-kuil-di-ampang-tampak-seperti-provokasi-umno/

1 Trackback(s)

  1. Sep 29, 2008: Malaysian News Network » Manikavasagam’s Latest Press Statement

You must be logged in to post a comment.