banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Nov
17th

LAPORAN PROJEK PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN BUKIT BOTAK

Author: Office of Mp Kapar | Files under Selangor

KENYATAAN AKHBAR

16 NOVEMBER, 2009

LAPORAN PROJEK PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN BUKIT BOTAK

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri hari ini mengeluarkan laporan bertajuk ”Kisah Di Balik Projek Penempatan Semula Setinggan Bukit Botak untuk memberi gambaran penuh mengenai projek Rancangan Penyusunan dan Penempatan semula Setinggan Bukit Botak.

Seperti yang disebut sebelum ini laporan ini dapat dibuat dan diedarkan kepada orang ramai setelah Dato’Menteri Besar  menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dibawah Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi untuk mendeklasifikasikan  maklumat yang terlibat.

Laporan ini adalah yang ketiga daripada siri yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar yang mendedahkan kisah benar di sebalik beberapa projek pembangunan dah penghutanan yang gagal memanfaatkan Kerajaan Negeri dan rakyat tetapi menguntungkan syarikat-syarikat tertentu.

Sila teliti paparan berikut tentang latar belakang ringkas projek penempatan Semula Setinggan Bukit Botak yang telah bermula sejak tahun 1986 lagi dan disebabkan masalah dan kekangan teknikal menyebabkan projek ini terbengkalai pada tahun 1992.

Laporan ini menyentuh syarikat-syarikat yang terlibat serta kos yang terpaksa dibiayai  oleh penduduk setinggan berkenaan. Di antara syarikat yang terlibat dalam projek ini adalah Syarikat Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang telah meneruskan projek ini pada November 1996 yang dilantik oleh kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Dato’ Abu Hassan, Menteri Besar ketika itu.

Beberapa masalah pengurusan DCSB seperti  tidak membuat bayaran premium tanah yang dikutip daripada peserta, tidak menyiapkan rumah transit seperti yang dipersetujui, tidak konsisten dalam pembayaran wang subsidi sewa yang akhirnya menyebabkan projek ini terbengkalai pada tahun 2004 .

Setelah 20 tahun dan empat Menteri Besar yang berlainan, masalah ini masih lagi membelenggu penduduk setinggan. Kerajaan Pakatan Rakyat bersedia untuk menolong menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin untuk penduduk sentinggan dan kerajaan negeri. Adalah diharapkan laporan ini akan membantu proses penyelesaian dengan lebih lancar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Muat Turun Laporan  1 Bukit Botak dalam bentuk pdf

Muat Turun Laporan  2 Bukit Botak dalam bentuk pdf

Related posts

You must be logged in to post a comment.