Jan
2nd
Author: Office of Mp Kapar |
Files under Office of Mpkapar
Ahli Parlimen Kapar, YB S. Manikavasagam telah melawat Jabatan Kebajikan Masyarakat ekoran laporan yang diterima daripada penduduk berkenaan dengan penangguhan bayaran bantuan kepada penerima bantuan.
Difahamkan bahawa sebab bayaran ditangguhkan hingga February 2010 adalah keranatidak menerima dana negeri dari Jabatan Kebajikan Selangor. Semasa menghubungi YB Pn Rodziah Ismail ,Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi,dan Inovasi telah memberitahu bahawa dana sudah diberi kepada JKM tetapi JKM Klang memberitahumasih tidak menerima sebarang dana dari Kerajaan Negeri.
Manikavsagam ingin mengetahui kenyataan pihak mana harusditerima dan dipercayai. Siapa yang memegang dana tersebut dan kenapa keadaan ini timbul dan menyusahkanorang ramai.
Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas menunggu berjam-jam bagi mendapatkan bantuan mereka dari JKM Klang.Tetapi pada hari tersebut semua penerima bantuan berasa kecewa atas sebab-sebab yang diberikan oleh pegawai. Mereka juga tidak menerima layanan yang patut dari pihak JKM.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .








You must be logged in to post a comment.