Pejabat Ahli Parlimen Kapar dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kapar telah menganjurkan suatu Jamuan Mesra Rakyat Bersama Ahli Parlimen Kapar Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali 2008.
Hampir 4,000 orang penduduk sekitar DUN Sementa hadir. Selain sempat beramah bual bersama YB Manikavasagam mereke juga disajikan makanan enak seperti Satay dan Nasi Beriani sambil menyaksikan pelbagai acara nyanyian dan tarian yang disediakan.
Turut hadir ialah Ahli-Ahli Parlimen dari Shah Alam, Kuala Selangor , Kota Raja, YDP Majlis Perbandaran Klang, Ahli-Ahli Perbandaran Klang, Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Klang serta pimpinan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kapar.
Manikavasagam mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Kapar atas sokongan yang tidak berbela bahagi mereka. Manikavasagam juga berjanji akan bersama Pakatan Rakyat untuk terus membela rakyat walaupun beliau di tawarkan berjuta-juta ringgit untuk ke kubu musuh.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .










You must be logged in to post a comment.