banner S Manikavasagam is the elected MP of Kapar(P.109).He stood under the PKR ticket.He is also in the Environmental Committee(opposition).Read More About Your Mp Here

Subscribe

Enter your email address:

Aug
18th

Nelayan rayu tidak dipindah

Author: Office of Mp Kapar | Files under Kapar, Local news

KAPAR - Nasib dan masa depan lebih 200 nelayan yang berpangkalan di Pangkalan Nelayan Zon Sementa semakin samar apabila pangkalan tersebut didakwa akan ditutup dan dipindahkan ke tempat lain akibat masalah pertindihan status hak milik kawasan.

Pangkalan nelayan seluas 10 hektar tersebut merupakan satu-satunya pangkalan nelayan yang terletak di penghujung sebuah kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kapar seluas lebih 850 hektar dan wujud sejak puluhan tahun lalu.

Konflik mula timbul apabila pihak nelayan yang mahu kawasan pangkalan nelayan itu diwartakan membuat pengesahan status tanah itu di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang baru-baru ini mendapati pemilikan tanah berkenaan sudah dipecahkan kepada beberapa kawasan tanah lot yang dimiliki beberapa syarikat pemaju dan bukan lagi sebuah kawasan hutan simpan.

Bagaimanapun difahamkan, status ratusan hektar tanah tersebut masih diwartakan sebagai kawasan hutan simpan setelah pemeriksaan mengenai statusnya dilakukan Jabatan Perhutanan daerah dan negeri Selangor.

Turut dimaklumkan kawasan lot tanah yang menempatkan pangkalan tersebut dimiliki Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Lebih 200 nelayan terdiri daripada penduduk Kampung Perepat Dalam dan Kampung Sementa kini merayu agar pangkalan nelayan tersebut diwartakan kerana khuatir sekiranya mereka tidak mempunyai kawasan lebih sesuai untuk dijadikan pangkalan jika berpindah.

Selain itu, sekiranya kawasan hutan simpan tersebut dibangunkan, ia dikhuatiri akan mengganggu ekologi dan hidupan liar di situ dan paling utama, punca rezeki nelayan melalui penangkapan ikan akan terganggu.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang bertemu nelayan berkenaan isu itu di pangkalan tersebut baru-baru ini menyatakan pihaknya sedar mengenai masalah pertindihan status tanah yang berlaku di kawasan itu dan cuba berbuat sesuatu untuk membantu.

“Setelah membuat siasatan, pihak kami berjaya mendapatkan dua akses peta menunjukkan kawasan yang sama, tetapi berbeza status daripada PDT Klang. Satu peta menunjukkan kawasan itu merupakan Hutan Simpan Kapar dan satu lagi menunjukkan kawasan hutan simpan itu dibahagikan kepada tujuh lot dengan keluasan berbeza serta mempunyai nama pemilik daripada beberapa syarikat.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Kita bercadang untuk melaporkan perkara ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), Pasukan Khas Kajian Pengurusan Tanah dan kepada Menteri Besar (MB),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini kelmarin.

Tambahnya, pihaknya juga menghantar memorandum kepada MB berkenaan hal tersebut dan meminta kerajaan negeri mewartakan pangkalan tersebut sebagai sebuah pangkalan nelayan dan tidak perlu lagi dipindahkan.

“Kami difahamkan pangkalan tersebut sebelum ini sudah dipindahkan sebanyak empat kali kerana masalah bencana alam dan pembangunan kawasan sekitar. Kita berjanji akan membantu dan memastikan nasib nelayan di situ tidak akan diabaikan oleh arus pembangunan.

“Sekiranya mereka digesa berpindah, tiada lagi kawasan yang sesuai dijadikan pangkalan dan yang sedia ada pun sudah dilengkapi dengan prasarana untuk kemudahan mereka menurunkan hasil tangkapan dan menyimpan bot serta peralatan mereka,” jelasnya.

juga rujuk :DIALOG BERSAMA NELAYAN ZON SEMENTA

sumber : Sinar Harian

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Technorati

Related posts