banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Jul
29th

Pakatan Rakyat Kembalikan Keceriaan

Author: Office of Mp Kapar | Files under Kapar, Local news

KAPAR – Setelah lebih empat tahun menunggu, impian keluarga Mohd Talib Bukhari , 43 dari Kampung Sementa, Batu 7 Jalan Kapar untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik akhirnya tercapai apabila keluarga itu menerima penyambungan elektrik ke rumah mereka Jumaat lalu.

Jika Sebelum ini mereka hidup bergelap setiap malam dengan hanya menggunakan pelita dan lampu gasoline sahaja, kini mereka sekeluarga mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti seperti orang lain dengan adanya bekalan elektrik yang disalurkan.

Mohd Taib berkata, dia dan keluarganya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang prihatin terhadap masalah dihadapinya dan dengan bantuan itu, mereka kini tidak lagi hidup bergelapan setiap malam.

“Kalau dulu kami terpaksa bergelap setiap malam, kini dengan adanya bekalan elektrik, kami tidak lagi bergelap dan yang paling gembira adalah anak-anak kami. Sekurang-kurangnya mereka kini boleh mengulang kaji pelajaran dengan lebih selesa pada waktu malam.”

“ Kehidupan kami sekeluarga kini lebih baik dan kami semenangnya mendapat manfaat menerusi kemudahan ini kerana kami kini tidak lagi rasa hidup terasing serta ketinggalan,” katanya ketika ditemui di kediamannya ketika menjemput Manikavasagam untuk bersama-sama keluarganya pada hari pertama mereka menerima bekalan elektrik.

Menurut beliau, mereka juga berasa lebih selamat kerana selain ketiadaan bekalan elektrik, kediaman mereka terletak jauh dari kawasan penempatan lain di kampung berkenaan.

Terdahulu, kesulitan Mohd Talib yang bekerja sebagai penternak lembu secara kecil-kecilan itu sebelum ini mendapat perhatian Manikavasagam apabila kisahnya tersiar di sebuah akhbar Jun lalu.

Setelah Manikavasagam menerima laporan mengenai perkara tersebut, beliau membuat laporan lawatan ke kediaman Mohd. Talib untuk melihat sendiri keadaan yang dialaminya dan seterusnya membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) daerah Klang untuk membuat penyambungan elektrik ke kawasan tersebut.

Setelah permohonan tersebut diluluskan baru-baru ini, pihak TNB menanam lapan batang tiang untuk tujuan penyambungan elektrik ke rumah Mohd Talib setelah 40 hari proses permohonan untuk mendapatkan kemudahan itu berjalan dan tiang-tiang tersebut juga kini sudah siap didirikan.

Kos untuk mendirikan tiang-tiang dan penyambungan elektrik berjumlah kira-kira RM2,000.00 dan kos itu di tanggung oleh pihak Pejabat Khidmat Masyarakay (PKM) Ahli Parlimen Kapar, namum kos pendawaian didalam kediaman ditanggung Mohd Talib.

Related posts

You must be logged in to post a comment.