Nov 09
10
Parlimen : Media Menikmati Ruang dan Peluang
Soalan
Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan bilakah kerajaan bercadang untuk memberi kebebasan kepada semua media untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional dan bertanggungjawab tanpa sebarang penyekatan daripada pihak kerajaan.
Jawapan
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I [Dato’ Joseph Salang anak Gandum]: Terima kasih Yang Berhormat Kapar atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengamal media di negara ini termasuk media baru iaitu internet, menikmati ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk menyiarkan tulisan mereka menerusi media masing-masing sama ada di dada akhbar atau internet.
Di internet terutamanya kini bercambah tanpa apa-apa sekatan, pelbagai untuk tulisan sama ada laporan berita, ulasan atau analisis berita serta blog, menyajikan kepada pembaca pandangan dan kritikan. Malahan wartawan akhbar atau lidah rasmi parti-parti pembangkang sama ada berbentuk konvensional atau online juga menikmati keadaan ini. Dalam lain-lain perkataan pengamal media di negara ini menikmati kebebasan media.
Terima kasih.
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)


















