banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Nov
12th

Parlimen : Prasarana dan MAS Menerima RM 11.55 Billion untuk Pengstrukturan Semula

Author: Office of Mp Kapar | Files under Parliament

Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [Kapar] meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai syarikat-syarikat swasta yang telah dibailout sejak tahun 1997 sehingga kini. Nyatakan jumlah yang telah disalurkan kepada mereka, bentuk pemberian jumlah dikutip semula serta sumber-sumber kewangan. Daripada jumlah tersebut, berapa banyakkah jumlah yang diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta bagaimana wang tersebut bermanfaat daripada usaha ini.

Jawapan:

Tuan Yang di-Petua,

Untuk makluman Yang berhomat, pada dasarnya, sesuatu keputusan

Untuk mengambil alih sesebuah syarikat oleh Kerajaan adalah dibuat atas kepentingan Negara iaitu :

i. Syarikat tersebebut beroperasi di dalam industri yang dikenal pasti sebagai sektor strategik kepada Negara; dan

ii. Kegagalan syarikat ini akan memberi kesan negative terhadap ekonomi Negara

2. Kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang pengambil alihan syarikat oleh Kerajaan tidak akan member keuntungan kepada mana-mana pihak yang terlibat di dalam transaksi tersebut. Pengambil alihan syarikat pada masa yang lepas oleh Kerajaan bukannya satu langkah bailout tetapi dibuat untuk mengukuhkan semula kedudukan kewangan syarikat strategic demi kepentingan Negara. Di antara syarikat yang terlibat sejak tahun 2007 adalah seperti berikut :

i. Malaysian Airline System Berhad (MAS)

Pada 20 Disember 2000, Menteri kewangan diPerbadankan telah membeli 224,000,000 unit saham MAS pada harga RM8 daripada Naluri Berhad berjumlah RM 1,792,000,000 . Bayaran bagi pembelian saham tersebut dibuat melalui peruntukan Pembangunan Kerajaan. Berikutan pembelian saham tersebut, Menteri kewangan DiPerbadankan memegang 29.09% saham MAS.

ii. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)

Sejak Kerajaan mengambil alih IWK pada tahun 2000, Kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan subsidi. Jumlah pinjaman dalam bentuk Government Soft loan yang telah diberikan kepada IWK adalah sebanyak Rm925 juta dan bayaran balik oleh IWK akan bermula pada tahun 2011. Sebanyak RM917.4 juta pula telah disalurkan dalam bentuk subsidi kepada IWK sejak tahun 2001 sehinggan tahun 2009.

iii. Syarikat Prasarana Negara Berhad ( Prasarana)

Prasarana telah mengambilalihab asset dan operasi system LRT STAR dan LRT PUTRA pada Ogos 2002 serta Syarikat Bas Intrakota dan syarikat Bas Cityliner masing-masing pada April-Mei 2004. Perkhidmatan kedua-dua system LRT dan bas tersebut dikendalikan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) . Pada 19, Disember 2007, Prasarana mengambil alih asset dan operasi KL Monorel yang dikendalikan oleh KL Starrail Sdn Bhd (KLSR) , anak syarikat milik-penuh Prasarana.

Pada 30 Jun 2009,Prasaran telah mengambil alihan RapidKl daripada MKD di bawah pelan penstruktur semula Kumpulan Prasarana supaya ia lebih fokus dan efisyen dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik kepada rakyat.

Kos-kos yang terlibat dalam pengambilalihan asset dan operasi LRT, bas dan monorel tersebut adalah berjumlah RM9.750 billion seperti berikut :

i) LRT Putra RM 5.248 billion

ii) LRT STAR RM 3.006 billion

iii) Bas Intrakota RM 0.176 billion

iv) Bas Cityliner RM 0.013 billion

v) Monorel RM1.307 billion

Jumlah RM 9.750 billion

Sejak tahun 2001, prasaran telah membuat terbitan bon dan susk sebanyak RM 10.5 billion bagi membiayai projek-projek meniaktaraf dan penyambungan perkhidmatan LRT serta pengambilalihan syarikat-syarikat tersebut.

3. Untuk Makluman yang berhormat , daripada jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada syarikat-syarikat tersebut, tidak ada peruntukan yang diambil dari Kumpulan Wang simpanan Pekerja.

Related posts

You must be logged in to post a comment.