Jawab dahulu kemana kamu menghilangkan diri pada hari penamaan calon pilihanraya Umum ke 12? Jangan nak jaga Tepi Kain Orang? Apakah peranan kamu dalam menjaga kebajikan penduduk Dun Sementa yang kamu mungkiri kepercayaan mereka amanahkan?
Persoalan ini siapa yang harus menjaga DUN Sementa tidak akan wujud sekiraanya kamu tidak mementingkan diri sendiri yang melarikan diri ke Port Dickson beria-ria.
Beriku petikan daripada harian metro:
“KAPAR: Misteri ‘kehilangan’ Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar, Suzaimi Salam, 34, yang gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, kelmarin, terjawab apabila dia disahkan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira pada jam 6 pagi hari berkenaan.
Suzaimi didakwa ke Port Dickson bersama isteri serta anak mereka tetapi tidak dapat dipastikan tujuannya berbuat demikian sedangkan dia tahu kelmarin adalah hari penyerahan borang pencalonan untuk mencabar penyandang kerusi DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kehilangan Suzaimi pada jam 11 pagi semalam yang dibuat Ketua PKR bahagian Kapar, Mohd Bakri Abd Wahab.
“Selepas menerima aduan, kami ke kediaman Suzaimi di Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang dan lelaki itu tiada di rumah.
“Pada masa sama, isteri Suzaimi dikenali sebagai Zaleha memaklumkan mereka ke Port Dickson, pagi kelmarin, dan hanya pulang kira-kira pada jam 1 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Menurut Mohamad, pihaknya sempat memaklumkan kepada isteri Suzaimi meminta lelaki itu datang ke Balai Polis Kapar untuk diambil keterangan tetapi setakat jam 8 malam tadi, lelaki terbabit belum lagi berbuat demikian.”
Adakan ini percubaan memenangi hati pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang telah memecat kamu daripada segala jawatan . Siapa Dalang di belakang yang cuba membawa kamu masuk ke PKR.

Akhbar Sinar Harian hari ini telah menyiarkan pandangan bekas Ketua Angkatan Muda Bahagian Kapar yang cuba mempertahankan kenyataan YB Rodziah Ismail manakala dakwaan saya tidak berasas. Bagaimana seorang luar daripada PARTI boleh mengetahui bahawa saya menerima peruntukan lebih daripada Ahli-ahli Parlimen PR pada hal saya sendiri tidak mempunyai maklumat tersebut?
Saya hanya memperolehi RM12,000 daripada RM375,000 yang diperuntukan untuk DUN Sementa di bawah Parlimen Kapar. Kenapa Suzaimi tidak menyoal YB Rodziah atau Penyeleras DUN Sementa kemana perginya peruntukkan selebihnya. Wujud pula syak wasangka kemungkinan Suzaimi ada menerima sebahagian peruntukkan tersebut.
Peruntukan yang saya mohon adalah untuk kebajikan Dun Sementa , manakala yang lain pula menyalahkan gunakannya termasuk untuk MAKAN DURIAN. Kalau mereka benar-benar tulus, biar mereka mengumumkan senarai perbelanjaan serta penerima peruntukkan untuk seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2008.
Setahu saya hampir semua Ahli Parlimen PKR mengalami masalah kewangan. Memandangkan sebahagian mereka mempunyai sumber pendapatan tetap daripada pekerjaan mereka , elaun ahli Parlimen digunakan untuk operasi pejabat mereka. Saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain, menjalankan perniagaan atau profession seperti peguam . Maka satu -satu sumber pendapatan untuk keluarga serta operasi Parlimen Kapar adalah daripada elaun Ahli Parlimen.
Dalam suatu mesyuarat saya diberitahu bahawa peruntukkan DUN Sementa hanya boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti di kawasan tersebut. Bagaimana pula peruntukan tersebut boleh keluar daripada DUN Sementa . Sekembalinya daripada lawatan luar neraga saya akan mengajukan perkara ini kepada yang berkenaan.
Pembabitan seorang penderhaka serta pembelot yang enggan membantu kempen pilihan raya membela kenyataan Exco Selangor memperkukuhkan kewujudan Komplot untuk membinasa kepercayaan pemimpin PKR serta Rakyat Kapar terhadap diri saya. Walau apapun saya tetap akan meneruskan perjuangan saya membela rakyat.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .




You must be logged in to post a comment.