banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Jun
26th

PERTANYAAN SOALAN – SOALAN BERTULIS (KAPAR)

Author: Office of Mp Kapar | Files under Parliament

Soalan - Soalan dari Ahli Parlimen Kapar untuk Jawapan Bertulis semasa Persidangan Parlimen Ke-12 Penggal

Pertama , Mesyuarat kedua

1. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah – langkah kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihataan dan keselamatan pekerja terutamanya:-.

a. Industri kecil, sederhana dan pekerja kontrak.

b. Program – program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan kesedaran pekerja keatas keselamatan dan kesihatan mereka.

2. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelajaran menyatakan :-

a. Berapakah jumlah peruntukan dalam RMK-9 untuk kerja – kerja baik pulih bagi sekolah di seluruh Negara mengikut kategori Jenis sekolah

b. Berapakah jumlah yang telah di belanjakan setakat ini dan apakah status kerja sehingga kini. Senaraikan nama – nama sekolah yang telah di beri peruntukan dan yang akan menerima peruntukan dan bilakah peruntukan itu akan disalurkan kepada sekolah – sekolah tersebut.

3. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Kerja Raja menyatakan apakah pendekatan yang di gunapakai oleh pihak pengurusan Lebuh Raya bagi pengagihan gerai makan dan minum di perhentian rehat sepanjang Lebuh Raya diseluruh Negara, senaraikan mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan.

4. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab-sebab penahanan 5 aktivis/social masyarakat India pada 13/12/2007 dibawah Akta ISA untuk tempoh 2 tahun tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan mereka mempunyai hubungan dengan sebarang kumpulan pengganas.

5. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa pihak sekolah bersikap sambil lewa untuk mengambil tindakan atau membuat laporan polis apabila berlaku pergaduhan yang mengakibatkan kecedaraan serius terhadap pelajar yang menjadi mangsa. Adakah perlu untuk pihak sekolah menanti arahan dari pihak atasan untuk bertindak atau berdiam demi menjaga reputasi sekolah semata-mata.

6. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab-sebab penahanan 5 aktivis/social masyarakat India pada 13/12/2007 dibawah Akta ISA untuk tempoh 2 tahun tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan mereka mempunyai hubungan dengan sebarang kumpulan pengganas.

7. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakan perkembangan siasatan pihak polis terhadap 5 laporan polis di buat tentang kes kematian pelakon drama tamil tempatan K.Sujatha yang mati akibat minum racun parakuat.

8. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan peratusan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara di berikan kepada penuntut mengikut demografi penduduk Malaysia. Adakah kerajaan akan memberikan peluang itu kepada pelajar pelajar miskin tanpa mengira asal-usul.

9. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kes-kes pelacuran yang semakin serius melibatkan warga asing di Pulau Ketam walaupun beberapa Laporan polis telah dibuat.

Related posts

You must be logged in to post a comment.