Jun 08
26
PERTANYAAN SOALAN – SOALAN JAWAB LISAN
Soalan-Soalan daripada Ahli Parlimen Kapar Semasa Persidangan Parlimen Ke 12, Penggal Pertama , Mesyuarat Kedua adalah seperti berikut :
1. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina Balai Bomba di parlimen kapar. Jika ya, bilakah projek ini akan dilaksanakan dan jika tidak, kenapa.
Jawapan :Parlimen : Tidak Balai Bomba Baru di Parlimen Kapar
2. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
Berapakah jumlah aduan yang diterima terhadap anggota Polis di seluruh Negara dan berapakah kes yang masih di bawah perbicaraan mahkamah, senaraikan mengikut jenis kesalahan.
Sejauh manakah pihak Kementerian mengawasi anggota Polis dari terlibat atau menyalahguna Kuasa dan berapakah jumlah anggota yang diambil tindakan.
Jawapan :Parlimen: 128 Polis Dikenakan Tatatertib
3. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah benar pihak kementerian mengarahkan pengurusan sekolah agar tidak menjemput wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk sebarang Majlis. Jika benar apakah rasional disebaliknya.
Jawapan : Tetamu Jemputan Sekolah Keutamaan Untuk Menteri atau Wakil
4. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelancongan menyatakan jumlah peruntukan yang di berikan kepada Negeri Selangor dalam RMK-9 dan bagaimana peruntukan itu di belanjakan dan nyatakan peruntukan yang masih belum digunakan dan apakah rancangan untuk peruntukan yang masih di bawah kementerian.
Jawapan : RMK 9, Selangor Terima Rm29.6 Juta Untuk Pelancongan
5. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah pendekatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang di ambil oleh kementerian bagi menjamin persekitaran yang lebih terjamin dan berapakah peruntukan keseluruhan dalam RMK-9 berikan pecahan mengikut negeri jumlah yang telah digunakan dan yang akan digunakan.
6. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang paling berkesan dapat diambil oleh pihak polis untuk membendung kes-kes jenayah yang semakin serius dikalangan warga asing khususnya di Kapar, Klang dan seluruh negeri Selangor yang didiami ramai warga asing.
Lihat Article : Silly Answer by An Experienced Minister
Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Perdana Menteri menyatakan definasi sebenar “Nasional” (Kebangsaan). yang mana tidak menepati erti kata sebenarnya. Contoh Perbadanan Usahawan Nasional hanya untuk segelinter golongan sahaja padahal mengikutkan erti sebenar ianya harus diberi kepada semua masyakarat Malaysia. Apakah langkah – langkah yang di ambil untuk menjadikan masyakarat berbilang kaum sebagai satu identiti Malaysia.
Lihat Article : Parliament Question by MP Kapar – updated
8. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Kerja Raya menyatakan :-
a. Apakah langkah – langkah yang diambil untuk mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang yang semakin serius.
b. Adakah Kerajaan bercadang untuk memansukan atau mengurangkan kadar TOL di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shapadu. Jika ya, Bila dan jika tidak berapa lama lagi kerajaan terikat dengan konsesi Lebuh Raya.
c. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina laluan alternative bagi lori-lori yang membawa sampah ke tapak pelupusan di jeram tanpa melalui jalan Meru dan pekan Kapar.
9. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Perdana Menteri menyatakan :-
a. Apakah langkah – langkah yang telah diambil untuk meningkatkan ekuiti masyarakat India kepada 3% seperti yang telah dirancang secara keseluruhan untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat India dalam pelbagai bidang.
b) Apakah keberkesanan langkah – langkah yang telah diambil dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat tersebut.
Lihat :Jawapan PM Mengenai Ekuiti 3% Etnik India
10. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan langkah – langkah untuk menjaga sumber ikan yang berterusan, berkualiti, harga yang berpatutan serta pendapatan nelayan yang terjamin:-
a. Apakah langkah – langkah yang diambil untuk meningkatkan sumber ikan khasnya di negeri selangor
b. Apakah rancangkan Kementerian untuk membina pusat pendaratan ikan yang baik di Pulau Ketam atau Pelabuhan Klang untuk menjamin kualiti ikan.
Jawapan : Tukun Tiruan untuk Meningkatan Ikan di Selangor.
























