PKR bincang kedudukan Manikavasagam

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang kedudukan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang menyatakan hasrat keluar parti kerana kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, berkata tindakan terhadap Manikavasagam hanya diputuskan pada mesyuarat pemimpin tertinggi parti itu.

“Ini masalah kecil, media yang nak besarkan isu ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai dakwaan Manikavasagam itu.

Kelmarin, Manikavasagam mengumumkan hasrat keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen bebas kerana kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai, tidak sepakat dan ada yang berlagak sombong serta enggan berbincang untuk atasi isu dibangkitkan.

Beliau juga menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi meminta kerajaan negeri mengekalkan Hentian Bas dan Kereta Sewa Klang Utara di pusat Bandar Klang dan tidak dipindahkan ke lokasi baru di Klang Sentral, Selangor.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Khalid sebagai Menteri Besar yang tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut di negeri itu.

sumber : Berita Harian Online

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Print
  • Technorati
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , ,

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.