banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Dec
9th

RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN JENAZAH MENDIANG R.SASITHARAN DARIPADA PIHAK POLIS

Author: Office of Mp Kapar | Files under Office of Mpkapar

Keluarga Mendiang R Sasitharan diiringi oleh saya bersama YB Manoharan ,Ahli Parlimen Teluk Intan serta YB Tian Chua , Ahli Parlimen Batu telah menghantar memorandum seperti dibawah kepada :

a) YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

b) YB Datuk Wira Abu Seman,Timbalan Menteri KDN.

img_0616

RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN JENAZAH MENDIANG R.SASITHARAN DARIPADA PIHAK POLIS YANG ENGGAN MEMBERIKAN KEPADA KELUARGANYA.

Memorandum

Memorandum ini adalah daripada R.Jayakanthan (adik kepada R.Sasitharan-Mangsa) kepada Yb Datuk Wira Abu Seman,Timbalan Menteri KDN.

Pendahuluan

Memorandum ini bertujuan untuk mendesak pihak polis mengembalikan jenazah R.Sasitharan  kepada keluarga dengan kadar segera disamping meminta pihak YB untuk mendesak menubuhkan satu badan siasatan terhadap kes ini.

Latar Belakang Kes

Seorang pemuda India yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai dibunuh selepas dipukul dan didera serta diculik oleh beberapa orang berdekatan dengan Hospital Daerah Teluk Intan. Mangsa dikenal pasti sebagai R.Sasitharan  (23 tahun) oleh adiknya R.Jayakanthan.

Mayat dijumpai berdekatan dengan sebuah kediaman di Simpang Pulai. Menurut R.Jayakanthan, beliau dipanggil oleh polis untuk mengecam mayat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh berhubungan dengan laporan polis yang dibuat olehnya 11 hari sebelum mayat abangnya dijumpai.

R.Jayakanthan mengenalpasti bahawa mayat tersebut adalah abangnya dengan mengecam pakaian seragam dan juga tatu yang terdapat di kedua-dua belah tangan abangnya.

Walaupun mayat dikenal pasti oleh R.Jayakanthan, polis masih enggan untuk menyerahkan mayat tersebut kepada keluarganya kerana harus menjalani pemeriksaan DNA bagi memastikan kenyataan yang dibuat oleh R.Jayakanthan.

Cadangan Ahli Parlimen Kapar

Saya mengesa pihak polis untuk menyerahkan jenazah R.Sasitharan kepada keluarganya dengan kadar segera dan menubuhkan satu badan siasatan khas bagi menyiasat kes kematian R.Sasitharan.

Penutup

Saya selaku Ahli Parlimen Kapar dengan ini memohon kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein  selaku Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan segera dalam penyerahan jenazah kepada keluarganya serta menyelesaikan kes kematian R.Sasitharan.

Related posts

You must be logged in to post a comment.