Jun 09
10
RM2.2 Juta Sistem Penyurai Traffik Bandar Klang
Laporan Akhbar Sinar Harian RM 2.2 juta untuk penyuraikan trafik bertarikh 9/6/2009 serta laporan the Star di rujuk.
Amat terkilan saya membaca laporan akhbar tersebut bahawa rungutan penduduk Bandar Klang mendapat perhatian Menteri Kerjaya yang baru Dato‘ Shaziman Abu Mansor , setelah saya serta Ahli Parlimen Klang , Tuan Charles Santiago membawa perkara ini ke parlimen baru-baru ini.
Walaupun, peruntukan RM 2.2 juta itu adalah bersifat sementara saya berharap penguna –penguna lebuhraya persekutuan dari Banting, Klang, dan Shah Alam dapat berasa lega sementara projek naik taraf ini selesai.
Dalam pada itu saya meminta agar Kementerian dapat memcepatkan pembinaan projek naik taraf yang bernilai hampir RM 32 juta itu dicepatkan melalui kerja 2 syif. Beyond the Sea hd Ini akan mengurangkan kerugian ekonomi yang berjuta-juta ringgit akibat kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh penguna –penguna setiap hari.
Dalam pada itu, Menteri Kerjaya harus mencari jalan dengan kadar yang singkat agar pembinaan Jambatan ketiga merentasi Sungai Klang dimulakan secepat mungkin. Sewaktu kempen pilihanraya umum ke 12 , bekas Menteri Kerjaraya Dato Seri S Samy Velu serta bekas Menteri Besar Selangor telah melancarkan secara rasmi projek.
Jawapan yang di berikan oleh Menteri Kerjaraya sebelum ini bahawa tidak ada peruntukkan adalah tidak munasabah memandangkan Menteri Kanan serta Menteri Besar telah melakukan upacara pecah tanah. Perhatian serius pihak Kementerian amat dihargai.
Lain kali, saya harap Menteri-menteri Kabinet akan memberitahu saya akan kehadiran mereka ke kawasan parlimen, sekurang selaku wakil rakyat tahulah kita perkembangan semasa.
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)

















