Saraan Deklasifikasi Perjanjian Terminal Bus Klang

sentralklang

Ahli Parlimen Kapar hari ini meminta Majlis Perbandaran Klang mengumumkan kepada Awam Perjanjian Pembinaan Terminal Bus Klang Sentral antaranya dengan pemaju atau pemegang konsesi.

Terminal Bus Klang Sentral yang dimajukan dengan anggaran kos RM 17 Juta di konsesikan kepada sebuah syarikat swasta untuk tempuh 30 tahun oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum ini.

Menteri Kerjaya Malaysia baru-baru ini mengumumkan perjanjian tol akan diklasifikasikan selepas di desak  oleh ahli – ahli parlimen  Pakatan Rakyat  kenapa pula Kerajaaan Pimpinan Pakatan Rakyat cuba merahsiakan perjanjian Terminal Bus Klang Sentral tambahan Manikavasagam .

Manikavasagam juga berkata  Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago juga berpendapat perjanjian tersebut tidak harus dirahsiakan lagi.  Kita tidak mahu Spekulasi  seperti ketidaktelusan pengurusan serta rasuah di tomahkan kepada Kerajaan Negeri Pimpina Pakatan Rakyat nanti.

Biar orang Ramai mengetahui fakta-fakta yang terrangkai dalam perjanjian tersebut termasuk sumber pendapatan pemegang Konsesi, siapa pemegang konsesi tersebut serta  fungsi  dan bidang tugas Majlis Perbandaran Klang.

Sebelum ini Manikavasagam mendesak Majlis Perbandaran Klang mendapatkan kelulusan bertulis daripada Petronas Gas bahawa Terminal Bus tersebut selamat untuk kegunaan awam memandangkan Saluran Paip Gas merentasi  kawasan tersebut  sebelum ianya beroperasi.

Share This Story:
  • Digg
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • email
  • Print
  • Technorati
  • PDF
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Tags: , , , , , ,

1 Response to "Saraan Deklasifikasi Perjanjian Terminal Bus Klang"

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.