Apabila saya menyuarakan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat , hampir semua rakyat termasuk pemimpin Pakatan Rakyat memikirkan saya telah “dibeli”. Sampai harga berjuta-juta ringgit serta Jawatan tertinggi dalam Kerajaan Pusat diletakkan. Kenapa hanya untuk saya bukan untuk Parti yang keluar BN sebelum ini?
Panggilan telefon terus berdering sehingga saya mencaj semula telefon bimbit hampir 4-5 kali sehari. Telinga Setiausaha saya pula berdarah tetapi tidak ada seorang pemimpin Tinggi Parti Keadilan Rakyat menghubungi saya dan meninjau masalah sebenarnya? Hanya seorang Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) menghubungi saya selepas 6 hari saya menyatakan hasrat untuk keluar parti. Walau bagaimanapun, kenyataan bertentangan atau pendapat sendiri dikeluarkan ?
Hampir semua panggilan telefon , emel, pesanan “FACEBOOK” daripada penyokong cuba menasihati saya terus bersabar , jangan keluar parti, tidak ada satu pun menanyakan akan khabar diri saya. Yang penting bukannya Diri Saya tetapi Jawatan masing-masing. Ini yang cuba saya ketarakan kepada seluruh raykat Malaysia.
Sudah beberapa kali saya menyuarakan akan masalah-masalah yang di hadapi kepada Pimpinan Tertinggi Parti. Hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cara terakhir adalah membawa masalah ini kepada rakyat yang mengharapkan saya untuk menyelesaikan masalah mereka. Bukan sewenang-wenang saya mencari PUBLISITI murahan. Apa gunakan saya menyuarakan pandangan ini apabila bukan lagi Yang berhormat?
Tugas sebagai Ahli Parlimen bukan hanya menanya soalan serta berdebat di Parlimen. Rakyat memerlukan kami “Turun Padang” untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.
Manakala, segelintir golongan pula mengaitkan masalah yang diajukan sebagai Masalah Masyarakat India sahaja. Pemindahan Stesyen Bus Klang Utara bukan masalah masyarakat India. Ianya melibatkan penduduk daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat serta Shah Alam. Kenapa kesesakan di Bandar Klang yang merugikan peniaga -peniaga serta berpuluh ribu pengguna jalanraya yang ulang alik melalui lebuhraya persekutuan diabaikan? Bayangan kerugian berjuta-juta ringgit yang dihadapi oleh Selangor serta Malaysia secara amnya.
Secara kebetulan, bekas Timbalan Setiausaha PKR Pusat menganjurkan suatu pertemuan antara pemimpin-pemimpian India daripada Pakatan Rakyat sebagai suatu ruang untuk meluahkan masalah yang dihadapi bukan seperti di propagandakan sebagai cubaan menubuhkan suatu parti politik India. Saya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut untuk mendengar pandangan mereka sahaja.
Saya difahamkan hampir semua Ahli Parlimen pembangkang menghadapi masalah kewangan , jika Ahli-ahli Dewan Undangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat enggan berkerjasama dengan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat berkecai nanti usaha kita mendirikan sebuah Negara yang benar-benar Malaysia.
Sebagai contoh, Jamuan Mesra Rakyat Parlimen Kapar sempena Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali saya memohon bantuan daripada empat Ahli Dewan Undang Negeri. Dua ADUN tidak dapat menghulur bantuan , satu setuju tetapi akhir-akhir ini saya dengar CEK DIBATALKAN dan satu lagi dibawah EXCO Selangor masih dalam proses. Setiausaha saya menggunakan wangnya sendiri walaupun sehingga hari ini saya tidak membayar sesen pun elaun kepadanya.
Beberapa bulan lepas sederet rumah terbakar di Kapar. Samy Velu datang terus beri bantuan tunai. Tapi bila saya kesana Tangan Kosong, apa pun takada! Akhirnya bersetuju membaiki bumbung rumah mereka. Selepas itu terpaksa meminta Sedekah dengan Kontraktor untuk membaikinya secepat mungkin. Sumbangan Kerajaan Negeri sampai potong sini dan sana, terpaksa pula saya menggunakan Elaun saranan diri.
Keadaan serupa terjadi apabila Ribut Taufan melanda sebahagian Kapar. Saya tergesa-gesa kesana hanya untuk mendapati seorang Menteri Persekutuan menghulurkan bantuan kewangan . Saya hanya dapat beri sokongan moral sambil menumpang Motorsikal ketua PKR meninjau keadaan. Bulan Puasa pulak, semua hilang. Nak buka puasa makanan dimasak hilang dihanyutkan , wang elaun saya hanya tinggal beberapa keping tak cukup untuk saya memberi kepada yang perlukan. Telefon Menteri Besar tidak ada jawapan, sms beliau tidak ada jawapan. Hanya saya seorang Wakil rakyat Pakatan Rakyat digelanggang tanpa sebarang senjata.
Selepas dibidas melalui media arus utama , bantuan Kerajaan Negeri turun tapi tidak seorang pun ADUN kawasan terlibat atau Pejabat Menteri Besar menjemput saya kemajlis penyerahan bantuan. Sebagai menghormati mereka saya turun melawati Dewan-dewan penyerahan bantuan. Setiba disana, YB -YB Pakatan Rakyat hilang terus sampai ada yang tak tegur . Saya seolah-olah ASKAR mempertahankan maruah Pemimpin Negeri.
Sehingga hari ini saya tidak dapat menuntut wang bantuan disalurkan kerana ianya di luar DUN Sementa , yang menyusahkan lagi apabila mereka memerlukan senarai nama serta nombor kad pengenalan penerima. Masa kecemasan , macam mana nak tanya semua ini. Mungkin mereka tidak menyedarinya, Saya keutarakan hanya untuk pengetahuan umum bukan nak tuntut.
Kemana hendak saya ajukan kalau bukan kepada Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh saya. Saya hanya meminta pimpinan PR mengkotakan apa yang dilaungkan sebelum atau semasa pilihanraya.
Sehingga hari ini diri saya masih Ahli Parti Keadilan Rakyat . Pagi ini sebagai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat saya menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara menuntut beliau menyiasat tuduhan pegawai polis menyiram air panas keatas seorang tahanan lokap yang tidak bersalah.
Saya akan menghadiri satu persidangan di India, atas jemputan Menteri Parlimen serta Hal Ehwal orang asal India dengan menggunakan wang sendiri. Buat pertama kali Wakil -wakil Rakyat Pembangkang akan menyertai persidangan ini. Di sini pun tidak ada suatu usaha bersepadu. Exco Selangor mengetuai suatu Rombongan mewakili Kerajaan Negeri Selangor manakala saya dari Selangor tidak layak menyertai rombongan rasmi tersebut .
Banyak lagi kalau nak ceritakan. Biarlah saya berbincang dengan Ketua Umum PKR sekembali dari India. Saya hanya cuba memberitahu pimpinan cuba perbetulkan tanggapan bahawa Ahli Parlimen PR adalah pembangkang. Jika Kerajaan Negeri Selangor sanggup menganugerahkan Kontrak-Kontrak kepada sesiapa tanpa mengira pegangan politik. KENAPA NAK ASINGKAN AHLI PARLIMEN PARTI SENDIRI.
Kalau Parti merasai tindakan saya keterlaluan biar mereka mengambil tindakan sewajarnya.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .




Jan 2, 2009 at 20:56:54
It is good you are clearing the air and stating the reasons/grievances you have.
Even if I disagree at least there is clarity on why you have resigned your post.
And
Happy New Year