banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Dec
24th

Saya Sedia Keluar PKR: Manikavasagam

Author: Office of Mp Kapar | Files under Local news

Sinar Harian @ Selangor& Kuala Lumpur
Rabu 24 Disember 2008

saya-sedia-keluar-pkr1

Shah Alam- Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam , semalam menegaskan beliau sudah bersedia untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kesal dengan sikap sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang cuai menjaga kepentingan Rakyat.

Kata beliau, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas merasakan kesepakatan dalam kalangan pemimpin PR kini semakin rapuh malah sesetengah mereka berlagak sombong dan enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang diketengahkan.

” Kalau ada desakan mahu saya keluar dari PKR, saya kini memang sudah bersedia untuk melakukannya. Saya sudah letih berbalah dengan pemimpin Barisan Nasional sebelum ini dan kini dengan ‘adik-beradik’ sendiri pula (sesetengah pemimpin PR) yang tidak mahu mendengar luahan rakyat”.

” Saya penat dengan kerenah sesetengah pemimpin yang sombong, enggan berbincang dan tidak pernah turun padang mendengar suara rakyat seperti bantahan ini (Klang Sentral) ,” katanya kepada Sinar Harian ditemui selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merayu mengekalkan Hentian Bas dan Kereta Sewa Klang Utara dari dipindahkan ke lokasi baru, Klang Sentral , di pejabat menteri besar itu semalam.

Menurut Manikavasagam, keputusan keluar PKR itu dirasakan jalan terbaik yang diketengahkannya tidak mendapat perhatian malah diperlekehkan.

Malah, beliau juga kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinah, Teng Chang Khim yang didakwa menuduhnya berlagak sebagai pembangkang dan pembohong selepas terlibat dalam isu bantahan Klang Sentral.

Katanya, apa yang diketengahkan itu adalah himpunan bantahan rakyat terdiri golongan perniaga, pengusaha bas dan pengguna yang ‘terbeban’ dengan kerugian yang bakal mereka alami ekoran pemindahan tersebut.

MANIKAVASAGAM TIDAK AKAN SERTAI PARTI LAIN

Saya tidak mahu rakyat melihat bantahan Klang Sentral ini menjadi perbalahan bersifat peribadi antara saya dan Teng. Saya bersedia bertemu beliau bila-bila  masa dan di mana sekalipun menperjelaskan isu ini.

Saya minta beliau menghentikan tindakan membuat kenyataan media (terutama dalam Akhbar China) menyelar tindakan dan bantahan tersebut,” katanya.

Di tanya adakah beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya keluar dari PKR, Manikavasagam berkata beliau selesa bergerak bebas dan tidak akan sertai parti lain.

Manikavasagam dikenali antara ahli Parlimen PKR yang lantang memperjuangkan nasib rakyat termasuk pernah mencabar menter besar membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataan Abdul Khalid yang menganggap lawatan mangsa ribut di Klang dan Kapar ,1 September lalu sebagai membuang masa dan membazirkan wang.

Sementara itu, pada sidang media sebelumnya, Manikavasagam berharap memorandum rayuannya berhubung isu Klang Sentral itu deberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri.

” Saya mencadangkan terminal dan perhentian kereta sewa tersebut dikekalkan bagi menjamin keselesaan pengguna dan peniaga di sekitar terminal terbabit dan menjadikan Klang Sentral sebagai terminal utama bagi kedua-dua sistem pengangkutan tersebut, sekaligus mewujudkan peluang pembangunan dan perniagaan di Meru.”

” Saya juga mahu Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Pusat dan SPAZ  Sdn Bhd bagi mempercepatkan kerja pembinaan naik taraf (jalan persekutuan) di Klang termasuk beroperasi 24 jam bagi mengurangkan kesesakan,” Katanya.

Katanya, pendapatan lebih 1500 peniagan kecial dan penjaja bakal terjejas sekiranya pemindahan yang dijadualkan 29 Disember itu diteruskan.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Manikavasagam bersama Wakil Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pemindahan Terminal Bas Klang Utara kepada Setiausaha Politik menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad jam 1130 pagi semalam.

Untuk rekod, bantahan pemindahan Terminal Bas Klang Utara yang berusia 50tahun (yang) baru sahaja di naik taraf itu digerakkan pelbagai pihak sejak 2004 lalu.

Related posts

You must be logged in to post a comment.