Berikut sedutan ucapan YB S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar .
Terima Kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis.
Saya amat bersyukur atas undangan Jawatankuasa penganjur MANAVAR SAMRAJIAM 2009 yang di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL Shah Alam, Indian Cultural and Language Society UNISEL Shah Alam (ICLS) and Manavar Munnetra Kalagam Shah Alam (MMK).
Saya pasti golongan pelajar UNISEL terutamanya keturunan India telah mengharungi pelbagai rintangan untuk sampai ke sini , terutamanya masalah kewangan. Akan tetapi mereka sanggup berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh adik-adik kita di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands.
Sekolah ini yang kini menjadi buah mulut MIC kononnya tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Lepas telah diberi kepada pihak swasta. Masalahnya , adakah kita perlu bina sekolah ditengah-tengah kawasan perindustrian , suatu strategi pengasingan oleh Barisan Nasional.
Biarkan, masalah Tanah kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dimana saya akan pastikan tanah sesuai diberikan. Mereka yang hanya mencari publisiti politik murahan seharusnya meminta Kerajaan persekutuan meluluskan dana secukupnya untuk pembinaan sekolah tersebut. Kalau, mereka boleh dapat peruntukkan ESOK dan pembinaannya serta-merta, saya akan pastikan Kerajaan Negeri meluluskan pemberian tanah sebelum pembinaan mula. Saya bukan nak main politik, ini adalah cabaran untuk kedua-dua pihak. Sanggupkah mereka.
Mana perginya tanah yang diperuntukkan kepada SKJ(T) Effingham kini di Bandar Utama, Petaling Jaya. Tanah untuk sekolah menjadi milik Presiden MIC. Asyik syok Jaga tepi kain orang, tapi masalah sendiri tidak dihiraukan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas atas usaha mereka untuk membantu golongan terpinggir. Teruskan usaha-usaha murni ini walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Sekian, terima kasih.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .





You must be logged in to post a comment.