Nov 08
20
Selangor Mengembalikan Tanah Nelayan
Post terdahulu;
Kerajaan Negeri Selangor meluluskan permohonan Baroha Enterprise sebuah Konsortium mewakili Nelayan Zon Sementa , Parlimen Kapar. Kerajaan Negeri juga menyokong supaya kedua- dua kampung yakin Kampung Sementa dan Kampung Perepat di jadikan Jeti Pendaratan Ikan dan pemerosesan Kerang di tapak berkenaan.
Tanah yang sebelum ini dirancang untuk pembangunan bersepadu ” Ecotourism” kini bebas dari sebarang pembangunan serta dikekalkan sebagai Kawasan Nelayan dan aktiviti berkaitan.
Surat daripada Setiausaha Politik Dato Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad bertarikh 6 Nov 2008 juga menyebut Kumpulan Darul Eshan Bhd (KDEB) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) telah membatalkan usahasama masing-masing yang dirancang sebelum ini.
Berikut adalah salinan surat Pejabat Menteri Besar Selangor:
YB S.Manikavasagam menghargai keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sambil mengucapkan terima kasih YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang amat prihatin akan kehendak rakyat.
Manikavasagam akan mengadakan suatu perjumpaan dengan Pegawai-pegawai yang terlibat serta penduduk yang terlibat untuk memastikan segala keputusan Kerajaan Negeri dilaksanakan.






















