Seorang pemuda India yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai dibunuh selepas dipukul dan didera serta diculik oleh beberapa orang berdekatan dengan Hospital Daerah Teluk Intan. Mangsa dikenal pasti sebagai R.Sasitharan (23 tahun) oleh adiknya R.Jayakanthan.
Mayat dijumpai berdekatan dengan sebuah kediaman di Simpang Pulai. Menurut R.Jayakanthan, beliau dipanggil oleh polis untuk mengecam mayat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh berhubungan dengan laporan polis yang dibuat olehnya 11 hari sebelum mayat abangnya dijumpai.
R.Jayakanthan mengenalpasti bahawa mayat tersebut adalah abangnya dengan mengecam pakaian seragam dan juga tatu yang terdapat di kedua-dua belah tangan abangnya.
Walaupun mayat dikenal pasti oleh R.Jayakanthan polis masih enggan untuk menyerahkan mayat tersebut kepada keluarganya kerana harus menjalani pemeriksaan DNA bagi memastikan kenyataan yang dibuat oleh R.Jayakanthan.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .








You must be logged in to post a comment.