banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Aug
5th

Soalan Parliment Aug 2008

Author: Office of Mp Kapar | Files under Parliament

  1. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pendidikan  Tinggi menyatakan peratusan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara di berikan kepada penuntut mengikut demografi penduduk Malaysia. Adakah kerajaan akan memberikan peluang itu kepada pelajar pelajar miskin tanpa mengira asal-usul.
  2. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barangan keperluan serta keberkesannya dan adakah kerajaan akan membenarkan  syarikat – syarikat baru untuk mengimport barang-barang terkawal seperti beras, tepong gandum, gula dan lain-lain barang kawalan harga yang diperlukan oleh rakyat.
  3. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pendidikan  Tinggi menyatakan jumlah pelajar yang mendapat keputusan cermerlang SPM dan STPM mengikut pecahan kaum dan berapa ramaikah diantara mereka dapat memasuki Universiti tempatan berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
  4. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meluaskan perkhidmatan LRT atau Monorail ke Klang dan Shah Alam. Jika ya, Bilakah ianya akan mula dilaksanakan dan jika tidak, kenapa.
  5. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan peratusan penggunaan kompleks sukan komuniti dan berapakah jumlah perbelanjaan penyelangaraan setahun bagi kesemua kompleks di negara kita, berikan mengikut perbelanjaan bagi tahun 2005, 2006 2007.
  6. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan Jawatan Kuasa Khas yang merangkumi semua lapisan masyarakat bagi menjayakan peningkatan ekuiti dan sosio ekonomi masyarakat India mencapai sasaran 3%. Jika ya, Bilakah ia akan ditubuhkan dan jika tidak kenapa.
  7. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelajaran menyatakan:- 1) Berapakah peruntukan yang diberikan kepada SRJK (T) Tepi Sungai Klang bagi pembinaan bangunan baru dan bilakah ianya sepatutnya siap dibina dan apakah sebab utama yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek – projek sekolah Tamil. 2) Berapakah jumlah sekolah yang di bina oleh pihak PIBG, berikan pecahan mengikut jenis Sekolah dan berapakah jumlah sumbangan mereka mengikut jenis sekolah.
  8. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pertanian dan Asas Tani menyatakan berapakah jumlah nelayan dan petani di negeri selangor dan berapakah jumlah bantuan yang disalurkan kepada mereka bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan apakah keberkesanannya.
  9. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah jumlah Kontraktor India yang mendapat projek terus dari Kementeriannya dan berapakah nilai tawaran tersebut dan nyatakan nama syarikat yang mendapat kontrak-kontrak tersebut bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.
  10. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- 1) Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk mengadakan sekatan jalan pada 14 Julai 2008 untuk menggelakan perhimpunan di hadapan parlimen. 2) Berapakah jumlah kerugian dari sudut ekonomi disebabkan oleh sekatan jalan tersebut kepada rakyat jelata dan apakah langkah yang diambil untuk mengelak kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.
  11. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Pengangkutan menyatakan:- a)Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk menubuhkan syarikat Firefly? 2)Apakah keperluan untuk penubuhan Syarikat Penerangan Firefly sedangkan Syarikat Air Asia masih boleh mengendalikan Penerbangan Domestik dan walaupun ada keperluan mengapakah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dipilih untuk tujuan tersebut sedangkan ia sendiri mencatat kerugian.
  12. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Perlancongan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memajukan Kampung Kuantan di daerah Kuala Selangor sebagai pusat perlancongan. Sekiranya ya apakah langkah – langkah yang telah diambil dan apakah perancangan bagi 3 tahun akan datang.
  13. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapkah jumlah peruntukan telah di gunakan bagi membantu dan mengadakan kesedaran kepada ibu tunggal dan berapakah jumlah Ibu tunggal yang mendapat manafaat. Berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2006 sehingga 2007.
  14. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkat taraf Klinik Kesihatan supaya ia boleh membantu mengurangkan kesesakan di Hospital dan sekaligus mempercepatkan rawatan kepada rakyat dan adakah kerajaan bercadang untuk menempatkan sekurang-kurang seorang Doktor sepanjang waktu operasi Klinik Kesihatan.
  15. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:-Berapakah jumlah permohonan yang diterima oleh universiti bagi tahun 2005 sehingga 2007 dan berapakah diantara mereka mendapat jurusan yang dipilih oleh mereka, berikan pecahan mengikut kaum.

Related posts

You must be logged in to post a comment.