Berikut adalah Soalan- Soalan bagi persidangan Parlimen Malaysia Dewan Rakyat ke 12 Penggal Kedua , Mesyuarat ke 2 bermula Hari Isnin 15 Jun 2009 Hingga 30 Jun 2009.
PERTANYAAN SOALAN - SOALAN JAWAB LISAN
1. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan harga barang-barang berasaskan petroleum seperti Minyak pelincir kenderaan dan sebagainya. Jika ya, Bilakah ia akan di laksanakan.
2. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kerajaan benar- benar mengambil langkah untuk memastikan kanak - kanak tanpa surat beranak dapat melanjutkan pendidikan. Sekiranya betul nyatakan bila surat pekeliling dikeluarkan kepada sekolah dan berikan no rujukan.
3. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Perdana Menteri menyatakan kesahihan 1 Malaysia (Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ang di laung-laungkan oleh kerajaan. Sekiranya benar, mengapakah krisis di Perak masih tidak diselesaikan dengan memberi peluang kepada Rakyat Perak menentukan Kerajaan pilihan mereka.
4. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan jumlah minimum muflis (bankrap) daripada RM30,000 kepada 50,000. Jika ya bila dan jika tidak kenapa.
5. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Kewangan menyatakan :-
1. Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengurangkan kadar faedah kad Kredit daripada 18% kepada 10% dan menghapuskan caj lambat bayar sebanyak 1% yang dikenakan oleh bank.
2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melindungi pengguna kad kredit daripada ditindas oleh bank dengan pelbagai caj-caj tambahan.
6. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Luar Bandar dan wilayah menyatakan jumlah peruntukan untuk kawasan Parlimen Kapar dalam rancangan Malaysia ke -10 serta dalam kedua-dua Pakej ransangan ekonomi . Nyatakan jumlah yang telah di salurkan ke Kawasan Parlimen Kapar mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri semenjak tahun 2003 serta senarai lengkap projek yang telah siap dan yang masih dalam perancangan.
7. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan “Legal aid” kepada mereka yang dituduh melakukan kesalahan jenayah.
8. Tuan S. Manikavasagam (Kapar) minta Perdana Menteri adakah Kerajaan bercadang menwujudkan Institusi Pembangunan Usahawan bagi Bukan Bumiputra memandangkan Perbadanan Usahawan Nasional Malaysia hanya ditubuhkan bagi membantu Usahawan Bumiputra . Sekiranya ya , bila ianya akan dilaksanakan dan sekiranya tidak apakah justifikasi keengganan kerajaan membantu rakyatnya sendiri.
9. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan kebudayaan menyatakan apakah usaha -usaha telah di lakukan oleh kerajaan untuk membongkar misteri Kota Purba Linggiu yang dikatakan wujud oleh para arkelogist Malaysia.
10. Tuan S. Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah Kolej Universiti dan cawangan Universiti Asing wujud di Malaysia serta jumlah pelajar asing mengikut kewarganegaraan masing-masing yang melanjutkan pelajaran di Malaysia. Apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut tidak terlibat dalam anazir-anazir jenayah termasuk pelacuran serta usaha Kerajaan memastikan rakyat Malaysia tidak terikut-ikut unsur negatif yang terbawa oleh mereka.
PERTANYAAN SOALAN - SOALAN JAWAB BERTULIS
1. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab-sebab Kerajaan mengharamkan pergerakan Hindraf. Juga jelas dengan lanjut kewujudan bukti-bukti yang mengaitkan pergerakan tersebut dengan kumpulan pengganas luar negara.
2. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Pelancongan menyenaraikan pengusaha-pengusaha program “Homestay” di seluruh negara mengikut negeri-negeri di Malaysia. Juga nyatakan perangkaan jumlah pelancong mengikut negara asal yang menikmati program ini sejak tahun 2003 serta hasil pendapatan daripada program ini kepada negara
3. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kesihatan penduduk sekitar tidak terjejas akibat pencemaran udara oleh Industri-Industri sekitar Kawasan Perusahaaan Sg Puloh, Kapar serta oleh Stesen Janaelektrik juga Kapar Selangor
4. Tuan S. Manikavasagam ( Kapar) minta Menteri Belia dan Sukan menyenaraikan kegiatan -kegiatan yang di jalankan oleh Kementerian di Kawasan Parlimen Kapar sejak tahun 2003 sehingga Bulan Mei 2009. Nyatakan juga jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kementerian dalam tempoh tersebut untuk Parlimen Kapar. Apakah usaha-usaha Kementerian dalam membendung belia -belia terutama daripada masyarakat India daripada terjebak anasir “gangsterism”.
5. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah - langkah yang diambil bagi memastikan pembeli rumah projek terbengkalai daripada terus dianiaya oleh bank dengan dikenakan faedah serta menuntut bayaran balik jumlah pinjaman padahal mereka adalah mangsa penipuan.
Related posts |
S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .




You must be logged in to post a comment.