Jul 08
10
Soalan : PERTANYAAN SOALAN – SOALAN JAWAB LISAN
Berikut Jawapan untuk soalan Parlimen oleh Y.B S. Manikavasagam :
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan dengan undangan kepada tetamu Kehormat ke majlis-majlis rasmi di sekolah. Surat Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh KPM berhubung perkara ini adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008 : Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar bertarikh 31 Mac 2008.
Muat Turun Pekeliling berkenaan : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, KPM telah menetapkan bahawa semua majlis rasmi di sekolah seperti Hari Anugerah Kecemerlangan, Suakan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang melibatakan majlis perasmiaan oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah mendapat kebenaran daripada KPM melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu.
Jawapan Y B Menteri berputar belit, cakap sahaja Ya tidak di benarkan.
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)

















