banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Nov
4th

TINGKATKAN TAHAP PERKHIDMATAN ATAU LUPAKAN SELANGOR

Author: Office of Mp Kapar | Files under Local news

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingati supaya mempertingkatkan tahap perkhidmatan wakil-wakil rakyat atau pintu keluar pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terpapar luas, kata S Manikavasagam.

khalid-pehralivikku-vahlivagukiraar

Ahli Parlimen Kapar itu mengulas tindakan segelintir pepimpin Pakatan Rakyat yang hanya mementingkan diri sendiri sambil berhadapan dengan habuan jutaan wang ringgit. Manikavasagam berpendapat bahawa perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat Angkat perlu diperkemaskan lagi di kawasan -kawasan  ADUN Barisan Nasional.

Pada masa sekarang ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dipertanggungjawabkan untuk mengawasi kawasan-kawasan tersebut. Ini telah mengakibatkan tahap perkhidmatan yang kurang yang memuaskan , kerana mereka dibebani tanggungjawab yang lebih berat selagi menjaga DUN mereka. Sebagai contoh, perkara ini jelas di kawasan DUN-DUN angkat di bawah penyeliaan EXCO Pn Rodziah. Selagi DUN Batu Tiga, beliau terpaksa menjaga kawasan DUN Sementa (Parlimen Kapar) dan DUN Kuang yang hampir 100km jauh.  Beliau kurang arif akan masalah tempatan di DUN -DUN ini yang terpaksa mendengar nasihat segelintir orang.

Maka, saya mencadangkan agar Ketua-ketua Cabang / Bahagian di pertanggungjawabkan menjaga kawasan-kawasan berkaitan.

Dalam pada itu, ada segelintir Pegawai-pegawai Kerajaan yang cuba mengkhianati mandat diberi oleh Rakyat Negeri Selangor. Sebahagian daripada mereka masih taat-setia kepada pimpinan lepas atau berhajat menumpaskan kerajaan Pakatan Rakyat dengan sengaja berdolah-dalih atau memperlambatkan segala tugasan yang diamanahkan. Saya berharap agar YAB Dato Menteri Selangor akan mengambil tindakan drastic merombak tugasan pegawai-pegawai Kerajaan negeri.


Related posts

You must be logged in to post a comment.