Jul 08
15
Tukun Tiruan untuk Meningkatan Ikan di Selangor.
Berikut soalan YB Kapar dan Jawapan dari Kementerian berkenaan.
Soalan :
10. Tuan S.Manikavasagam (Kapar) minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan
a) apakah langkah – langkah untuk menjaga sumber ikan yang berterusan, berkualiti, harga yang berpatutan serta pendapatan nelayan yang terjamin:-
b) apakah rancangkan Kementerian untuk membina pusat pendaratan ikan yang baik di Pulau Ketam atau Pelabuhan Klang untuk menjamin kualiti ikan.
Lihat :PERTANYAAN SOALAN – SOALAN JAWAB LISAN
Jawapan : Oleh Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tuan Yang Di Pertua,
a) Pengurusan dan penggunaan sumber perikanan secara mampan dijadikan prinsip panduan dalam membangunkan sektor perikanan. Semua peraturan, kaedah dan insentif akan diperkukuh bagi menggalakan amalan perikanan yang mesra alam dan meminimumkan kesan negatif aktiviti perikanan yang berleluasa tanpa kawalan terhadap alam sekitar serta melindungi sumber pendapatan para nelayan.
Oleh itu, antara langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Perikanan untuk meningkatkan sumber Ikan khususnya di negeri Selangor adalah dengan mengadakan projeck pembangunan tukun tiruan, pelaksanaan sistem pengezonan kawasan, penguatkuasaan yang berkala serta pelaksanaan dasar pelesenan khususnya bagi penetapan pelesenan peralatan. Di samping itu Jabatan turut memberi penekanan kepada teknik pengendalian ikan bagi menjamin kualiti seperti memperkenalkan pengunaan RSW (Refrigerated Sea Water System) serta penggunaan kotak HDPE atau peti berinsulasi bagi memastikan ikan-ikan yang ditangkap tidak cepat busuk selepas dituai, kualiti yang terjamin seterusnya memberikan keyakinan kepada pembeli secara tidak langsung menjamin pendapatan nelayan.
b) Di bawah Rancangan Malaysia ke-8 , Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membina Kompleks Pendaratan Ikan di Pelabuhan Kelang. Tujuan pembinaan kompleks pendaratan Ikan ini ialah :
i. menyediakan kemudahan pendaratan Ikan kepada nelayan tempatan khususnya bagi Pelabuhan Kelang dan Pulau Ketam.
ii. pusat pengumpulan dan pemasaran ikan bagu Daerah Kelang dan dipasarkan di sekitar Lembah Kelang.
iii. Pintu Masuk utama melalui jalan laut bagi ikan dan produk perikanan yang diimport dan dieksport ke luar negara.
Sehubungan dengan itu, pendaratan ikan dan pemasaran Ikan bagi nelayan-nelayan Pulau Ketam, Pelabuhan Kelang dan kawasan sekitarnya akan berpusat di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Pelabuhan Kelang.
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)

















