Jan 10
1
UBAH MINDA SERTA CARAKERJA :MANIKAVASAGAM
Perubahan Minda serta carakerja perlu disegerakan supaya rakyat tidak terus di pinggir, begitulah antara mesej Manikavasagam bersama berucap di Majlis Sambutan Tahun Baru 2010. Dengan semangat serta nada yang tinggi beliau meminta pegawai-pegawai Kerajaan terutamanya Kerajaan Tempatan serta Pejabat Daerah /Tanah untuk bersikap lebih professional dengan memumpukan perhatian kepada kerja yang membawa keselesaan kepada rakyat.
Rakyat Malaysia terutama mereka di Negeri Selangor telah berubah hampir 2 tahun yang lalu tetapi Minda pegawai-pegawai kerajaan masih dikongkong dengan pemikiran lama serta mempunyai unsur-unsur politik UMNO. Biarkan Ahli Politik berpolitik, manakala kakitangan Kerajaan harus memumpukan perhatian dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan adil dan saksama.
Manikavasagam juga meminta supaya Ahli-Ahli Majlis supaya selalu turun padang sebagai langkah mendekati rakyat tempatan dan memastikan kebajikan mereka terus diambil kira. Pejabat saya terus menerima masalah-masalah berkaitan dengan saliran air yang tersumbat yang boleh diselesaikan oleh pihak Majlis, tanpa campur tangan pihak saya. Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah kecil sebegini dengan efektif , bagaimana pula isu-isu yang lebih hebat tanya Manikavasagam.
Jika kita hanya terus bermesyuarat dengan ratusan jam kerja terbuang tetapi tidak hasil, akibatnya adalah kemusnahan kita sendiri. Jadi Turun Padang untuk meninjau sendiri masalah setempat daripada kita tunggu ianya menjadi isu besar. Mungkin, inilah antara sebab mengapa skandal PKFZ terus mengular sehingga mengakibatkan kerugian berbillion ringgit serta baru-baru ini injin Jet pejuang milik Angkatan Tentera hilang. Ini tidak mungkin kerja seorang tetapi sekumpulan yang selalu duduk semeja memikirkan cara melesapkan wang rakyat.
Manikavasagam juga berikrar akan memumpukan perhatian lebih serius ke DUN Sementa yang kini masih dikubui oleh pihak pembangkang. ADUN ini juga hantar yang telah dinamakan dalam Audit PKFZ tetapi tidak menerima sebarang tindakan setampil.
Majlis yang dianjurkan oleh Ahli Majlis , Majlis Perbandaran Klang Tuan Gary Tai bersama Jawatankuasa Penduduk, Jawatankuasa Kemajuan Kampung serta Pengerak Belia Tempatan Zon 44B menyaksikan ratusan penduduk setempat berkumpul untuk menyambut ketibaan dekad baru.
Turut hadir ialah YB Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves, Ketua Cabang Kapar Parti Keadilan Rakyat Haji Bakir , serta beberapa Ahli-ahli Majlis , Majlis Perbandaran Klang.
Selamat Tahun Baru .
![a Malaysia for Malaysians -
Member of Parliament, Kapar [P.109] a Malaysia for Malaysians - Member of Parliament, Kapar [P.109]](http://www.mpkapar.com/manikavasagam/wp-content/themes/intrepidity/uploads/BILLBOARD.jpg)




















