banner S Manikavasagam is first time Member of Parliament Malaysia, Kapar(P.109).He stood under the ticket of Parti Keadilan Rakyat(PKR). He also sits in PKR's Supreme Body Council and PKR's Political Bureau Member .
Read More About Your MP Here
Contact Office Of MPKapar
About Kapar
Aug
5th

WARTAKAN KAMPUNG BUAH PALA, PULAU PINANG SEBAGAI TAMAN WARISAN BUDAYA

Author: Office of Mp Kapar | Files under Office of Mpkapar

5 hb August 2009

KENYATAAN MEDIA

WARTAKAN KAMPUNG BUAH PALA, PULAU PINANG SEBAGAI

TAMAN WARISAN BUDAYA

Saya merasa amat terharu dan tersentuh sekali dengan membaca Akhbar Harian Tamil hari ini yang memaparkan tangisan warga emas, kanak-kanak serta penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Setelah, ratusan tahun masyarakat India di tindas oleh pemerintahan British dan diikuti Kerajaan Barisan Nasional masalah penindasan kepada kaum minoriti ini masih berlanjutan walaupun mereka mempunyai kuasa “Tsunami” politik di negara ini.

Masyarakat India di Malaysia bukannya hamba kepada sesiapapun. Hanya pemerintahan, takut kalau dibiarkan mereka akan mencecah kaki di Puncak Gunung Everest atau mencapai dataran terendah lautan Altantic dahulu. Tanah yang dimiliki oleh Tuan Arumugam Pillai telah dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini atas nama pembangunan kini tanah amanah Keluarga Brown kepada pekerja menjadi rebutan.

Memandangkan terdapat  unsur-unsur penyelewangan dalam pemindahan hak milik tanah tersebut , serta syarat- syarat pemilikan tanah Kampung Buah Pala menghalang sebarang pembangunan komersil tanpa persetujuan  Kerajaan Negeri, maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil keputusan agar Kampung Buah Pala diwartakan sebagai TAMAN WARISAN BUDAYA dengan serta-merta dan memastikan tanah amanah ini terus dimiliki oleh pemegang amanah buat selama-lamanya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya memberi tanah alternatif sebagaimana ianya dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini, tanpa sebarang pampasan kewangan. Ini tidak akan mengakibatkan apa-apa kerugian kewangan kepada negeri. Pemaju, terpaksa akur kepada kehendak pimpinan Negeri untuk membatalkan pembangunan di kawasan Kampung Buah Pala.

Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak bersikap keras kepala kerana ianya melibatkan rakyat Malaysia bukannya segelintir hamba-abdi.  Kemudahan di Kampung Buah Pala seharusnya di naiktaraf serta-merta sebagai lambang Warisan Budaya Negara.

Sekian.

YB S Manikavasagam

Ahli Parlimen Malaysia, Kapar


Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha Politik, Sdr M Shanmugam di talian 0192654572

Related posts

You must be logged in to post a comment.